Nasib ibu tunggal lima anak dapat perhatian

Nasib ibu tunggal lima anak dapat perhatian

Beaufort: Nasib seorang ibu tunggal bersama lima anak akhirnya mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam dengan mendapatkan bantuan melalui sistem e-Kasih yang baru didaftarkan kepadanya.

Salimah Ponori, 58, bersama anak-anaknya yang menumpang tempat tinggal di rumah penduduk di Kampung Bukau, di sini, menerima kunjungan daripada Ruslan baru-baru ini.

Ruslan melawat Salmiah di Kampung Bukau, Beaufort.

Ruslan berkata, tujuan kunjungannya itu adalah untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh Salmiah yang juga dari golongan B40 namun tidak berdaftar dalam sistem e-Kasih.

Sehubungan itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan telah diarah untuk membantu mendaftarkan Salmiah dalam e-Kasih.

“Ini bagi memastikan Puan Salmiah mendapat bantuan yang diharap akan meringankan bebannya,” katanya yang juga Pengerusi Perkasa Realty Berhad.

Dalam kunjungannya itu, Ruslan turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Salmiah untuk membeli barangan keperluan harian.

Salmiah dalam pada itu menyatakan perasaan bersyukurnya dan berterima kasih kepada Ruslan atas kunjungan serta bantuan yang dihulurkan.

Sementara itu, dalam kunjungan lain, Ruslan turut menziarahi seorang lagi warga emas yag berusia 86 tahun dalam DUN berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|