Najib nafi BN terlibat pemberian IC di Sabah

Najib nafi BN terlibat pemberian IC di Sabah

Kota Kinabalu: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa Barisan Nasional (BN) parti itu terlibat dalam pemberian kad pengenalan di Sabah.

Beliau sebaliknya menegaskan bahawa kerajaan BN terdahulu yang dipimpinnya telah melantik pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Najib ketika berucap sempena Konvensyen BN Sabah di ITCC Penampang.

“Kita tidak terlibat dalam memberikan kad pengenalan, apa yang berlaku pada masa lalu kita mahu ia diperbetulkan.

“Sebab itu kita letakkan PBS sebagai ketua untuk menyelesaikan ketika di zaman saya. Sekarang saya tekankan kawal sempadan Sabah, perkukuhkan keselamatan dan bekerja demi pembangunan Sabah, itu agenda BN,” jelasnya dalam sidang media selepas hadir pada Majlis Konvensyen BN Sabah di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC), di sini, hari ini.

Diminta mengulas kenapa PBS bangkitkan perkara itu sedangkan mereka juga berada di dalam kerajaan, Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN memaklumkan bahawa beliau tidak pasti mengenainya.

“Saya tidak pasti kenapa dia (Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) buat begitu,” katanya.

Untuk rekod, ketika era pemerintahan Najib pada 2013, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah ditubuhkan bagi menyiasat kebanjiran PATI di Sabah.

Jawatankuasa itu berperanan untuk meneliti laporan dan dapatan RCI dengan tumpuan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan serta mengkaji pelaksanaan sedia ada pengurusan warga asing di Sabah.

Terdahulu pada kongres perwakilan tahunan PBS, baru-baru ini, Maximus mendakwa, sebuah komponen BN telah menggunakan PATI di Sabah untuk kepentingan politik mereka.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|