3,700 bungkus rokok pelbagai jenis dirampas

3,700 bungkus rokok pelbagai jenis dirampas

Lahad Datu: Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya menahan seorang lelaki bersama 3,700 bungkus rokok pelbagai jenis dalam operasi di Jalan Kunak-Lahad Datu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, semua rokok berkenaan yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

Suspek dan rokok seludup yang dirampas di Jalan Kunak – Lahad Datu. Pix Ihsan PPM

Difahamkan, suspek ditahan selepas dikesan memandu sebuah kereta Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan pelbagai jenis rokok yang disimpan di dalam kenderaan berkenaan.

Suspek terus ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak untuk pemeriksaan lanjut.

Semua rokok berkenaan dianggarkan bernilai RM91,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|