Murid tadika jatuh ke dalam pembentungan, diselamatkan

Murid tadika jatuh ke dalam pembentungan, diselamatkan

Lahad Datu: Seorang murid tadika yang terjatuh ke dalam salur pembentungan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahad Datu 4, di sini, berjaya diselamatkan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam pembentung sedalam 5 meter itu kemudiannya diselamatkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Mangsa dilaporkan tidak cedera namun mengalami muntah-muntah selepas diselamatkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.26 pagi.

Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

Kanak-kanak terbabit dilaporkan terjatuh ke dalam pembentung sedalam lima meter berkenaan.

“Mangsa berjaya dinaikkan oleh orang awam di sekolah berkenaan sebelum ketibaan pasukan bomba, bagaimanapun kanak-kanak itu mengalami masalah muntah-muntah.

“Mangsa terus diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.42 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|