MOSAR selamatkan pendaki cedera

MOSAR selamatkan pendaki cedera

Ranau: Seorang wanita diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami kecederaan buku lali ketika mendaki gunung di kawasan kilometer 3.9, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, wanita warga tempatan berusia 49 tahun terbabit dilaporkan sukar bergerak akibat dan perlu dibawa turun untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.55 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan sembilan anggota dan pegawai termasuk MOSAR serta Malim Gunung dan anggota Taman-Taman Sabah (TTS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa, pasukan MOSAR terus memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa kemudiannya dibawa turun ke ‘Timpohon Gate’ menggunakan ke Robinson Strecher oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar pasukan EMRS ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.44 tengah hari.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|