MOSAR selamatkan pendaki alami kekejangan abdomen

MOSAR selamatkan pendaki alami kekejangan abdomen

Ranau: Seorang pendaki terpaksa diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami kekejangan abdomen ketika menuruni Gunung Kinabalu di Kilometer 2.2, Pondok Lowi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, lelaki berusia 35 tahun terbabit dilaporkan sukar bergerak dan terpaksa dibawa turun untuk mendapatkan rawatan.


Pasukan operasi menjalankan pemeriksaan lanjut apabila mangsa tiba di ‘Timpohan Gate’.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 10 anggota dan pegawai termasuk Mosar dan malim gunung dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa ditemui, pasukan Mosar terus memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa seterusnya dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan Robinson stretcher oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, sebaik berjaya sampai ke Timpohon Gate, mangsa diserahkan kepada pasukan EMRS untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.41 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|