MOSAR bawa turun pendaki terseliuh

MOSAR bawa turun pendaki terseliuh

Ranau: Seorang pendaki yang terseliuh ketika menuruni Gunung Kinabalu di Kilometer 5.8, di sini, diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lelaki warga tempatan berusia 27 tahun terbabit dilaporkan terseliuh buku lali kaki kirinya ketika turun dari Panarlaban ke Timpohon.

Mangsa cedera dibawa turun ke Timpohon sebelum dihantar ke Hospital Ranau.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.47 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 18 anggota dan pegawai termasuk MOSAR serta malim gunung dan anggota Taman-Taman Sabah (TTS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa, pasukan MOSAR terus memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa kemudiannya dibawa turun ke ‘Timpohon Gate’ menggunakan ke Robinson Strecher oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.10 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|