Mohamad laksana program lawatan kerja di Johor

Mohamad laksana program lawatan kerja di Johor

Johor Bahru: Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin melaksanakan program lawatan kerja ke negeri Johor bermula semalam.

Lawatan kerja sehingga Khamis itu turut disertai oleh rombongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Mohamad (kiri) bersama rombongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Antara lokasi yang dilawati adalah PPD Segamat, Muar, Kluang dan Pontian. Dan seterusnya PPD Kulai, Mersing, Pasir Gudang dan Johor Baharu.

Menurut Mohamad, lawatan-lawatan terbabit turut melibatkan pihak pentadbiran sekolah seperti pengetua, guru besar dan Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Antara pengisian program juga adalah penyerahan kelulusan peruntukkan Projek Penyelenggaraan Sekolah seluruh negeri Johor bagi tahun 2022.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|