Sandakan: Sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki musnah terbakar di hadapan sebuah premis di Jalan Sim-Sim, di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu, jam 12.48 tengah hari.
Katanya, seramai lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat.
“Kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz telah terbakar 90 peratus.
“Pasukan bomba memadamkan api dengan menggunakan satu aliran gelung hos dari jentera bomba,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi terkawal pada 12.56 tengah hari dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.
“Operasi ditamatkan pada 1.05 tengah hari tadi,” katanya.
-Deasoka