Melancong atau melacur?

Melancong atau melacur?

Kuala Lumpur: Tindakan polis menyerbu sebuah premis yang menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa permit berjaya menahan seorang lelaki bersama 11 wanita warga asing.

Dalam sebuan jam 9.45 malam di Jalan Bubut, Kepong Baru, semalam, semua ditahan terdiri daripada seorang lelaki berusia 48 tahun dipercayai penjaga premis sementara 11 wanita berusia 22 hingga 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sepasukan polis dari Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bertindak hasil maklumat awam dan risikan.

“Pemeriksaan menahan 12 individu termasuk seorang penjaga lelaki manakala wanita warga asing ditahan dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di pusat hiburan terbabit.

“Siasatan mendapati premis tersebut adalah pusat hiburan yang menjalankan perniagaan tanpa lesen,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Katanya, polis turut merampas peralatan audio digunakan untuk tujuan hiburan, wang tunai RM200 dan dua resit pembayaran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen perniagaan sah, Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggajikan warga asing tanpa permit sah dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen kerana kesalahan menyalahgunakan pas lawatan.

“Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut dengan segera.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|