Mayat tinggal separuh badan dibaham buaya

Kinabatangan: Seorang lelaki maut selepas dibaham buaya dalam kejadian di Ladang Lamag, Sungai Pin, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa dikatakan diserang haiwan pemangsa berkenaan ketika cuba menyeberangi sungai menggunakan sebuah jambatan kayu.

Pasukan bomba bersama penduduk yang menjalankan operasi SAR lelaki dibaham buaya. Pix Ihsan Bomba 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba terus melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama beberapa agensi lain.

“Mangsa akhirnya berjaya ditemui namun hanya membabitkan separuh badan saja,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.10 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|