Mayat tersangkut di kayu

Mayat tersangkut di kayu

Beluran: Mayat lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberang jalan yang dinaiki air di ladang berdekatan Kampung Kinadaan Sugut, di sini, pada 31 Disember lalu, sudah ditemui semalam.

Mayat mangsa dikenali Kaerul, 26, ditemukan tersangkut di kayu di Sungai Osum Sugut, kira-kira 1.8 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, jam 1.20 tengah hari.

Lokasi mangsa dikenali sebagai Kaerul ditemui tersangkut di kayu di Sungai Osum Sugut. Pix Ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, pihaknya melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan pelbagai agensi keselamatan.

“Operasi SAR membabitkan pelbagai agensi sejak lima hari lalu akhirnya menemukan mangsa, kira-kira 1.8 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Beluran untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, mangsa terbabit adalah salah seorang daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang akibat banjir di Beluran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|