Mayat remaja lemas ditemui

Mayat remaja lemas ditemui

Kuala Penyu: Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di pesisir pantai Kampung Tempurong, di sini, semalam ditemui lemas pagi tadi.

Mangsa, Ikhwan Haikal Kamis, 17, ditemukan oleh penduduk kampung pada jam 6.15 pagi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa ditemukan pada jarak 50 meter dari persisiran pantai berkenaan.

“Mangsa ditemukan oleh penduduk kampung pada jarak 50 meter dari persisiran pantai dan 400 meter dari lokasi Pusat Kawalan Bomba (PKB), dalam keadaan terapung.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada 8.05 pagi.

Semalam, mangsa dikatakan pergi ke lokasi di pesisir pantai Kampung Tempurong, untuk aktiviti riadah mandi manda bersama dua lagi rakannnya.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka dilaporkan hilang sebelum dua rakannya yang berusia 15 dan 17 tahun ditemui selamat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|