Mayat lelaki reput ditemui di belukar

Mayat lelaki reput ditemui di belukar

Penampang: Mayat reput yang ditemui di kilometer 39, Kampung Tudan Poring, Jalan Penampang – Tambunan, semalam disahkan seorang lelaki.

Bagaimanapun, mayat yang ditemui jam 2.20 petang itu ditemui tanpa sebarang identiti pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat yang dilaporkan tinggal rangka berkenaan ditemui di dalam belukar di kawasan tebing jalan berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut yang dijalankan Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah mendapati tiada sebarang unsur jenayah berdasarkan keadaan mayat yang hampir reput.

“Mayat berkenaan sudah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat,”
Katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Haris berkata, satu kertas siasatan sudah dibuka mengikut laporan mati mengejut.

Sehubungan itu, Mohd Haris berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta segera membuat laporan polis.

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang ditalian 088-723961.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|