Mayat lelaki ditemui terapung

Kota Kinabalu: Mayat dipercayai lelaki ditemui terapung di kawasan perairan laut berhampiran Pulau Gaya, di sini, hari ini.

Mayat yang belum dapat kenalpasti identitinya itu ditemui sepasukan ranger Taman-Taman Sabah (TTS) ketika menjalankan operasi pemantauan di kawasan berkenaan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, sebaik dimaklumkan penemuan mayat berkenaan, sepasukan anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat terbabit kemudiannya diambil dan dihantar ke bahagian forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat tanpa identiti berkenaan

“Penemuan mayat berkenaan sudah dimaklumkan kepada semua elemen polis termasuk mengesan semula laporan orang hilang.

“Selain itu, polis turut menunggu laporan bedah siasat bagi mengenalpasti identiti mayat dan punca kematian,” katanya dalam ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga mohon tampil sebelum bedah siasatan dijalankan.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|