Mayat lelaki dibaham buaya akhirnya ditemui

Mayat lelaki dibaham buaya akhirnya ditemui

Semporna: Lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Pegagau, di sini, Ahad lalu, akhirnya ditemui petang semalam.

Mayat mangsa, Azman Tugau, 35, ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 5 petang berhampiran lokasi mangsa dilaporkan dibaham reptilia berkenaan.

Pasukan bomba bersama Polis dan orang awam yang menjalankan operasi SAR di kawasan Sungai Pegagau,  Semporna.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga dimulakan pada jam 7.45 pagi tadi.

Katanya, operasi SAR dengan kaedah water surface menggunakan bot penyelamat menyusuri muara Sungai Pegagau dari lokasi mangsa dibaham buaya.

“Bagaimanapun, pada jam 5.30 petang tadi, kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna terima maklumat dari pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna bahawa mangsa sudah ditemui orang awam pada jam 5 petang semalam.

“Mayat mangsa ditemui berhampiran kawasan mangsa dilaporkan dibaham buaya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi SAR terus ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.57 petang tadi,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian 3 petang Ahad lalu, mangsa Azman dikatakan memancing bersama sepupunya di pinggir sungai berkenaan.

Mangsa bagaimanapun tiba-tiba mangsa diserang buaya manakala sepupunya berjaya melarikan diri, sebelum laporan polis untuk mendapatkan bantuan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|