Masjid Nurul Iman Sabindo musnah terbakar

Masjid Nurul Iman Sabindo musnah terbakar

Papar: Masjid Nurul Iman Sabindo, berhampiran Taman Pantai Lok Kawi, di sini, dilaporkan musnah terbakar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, masjid jenis separuh kekal berkeluasan 297 meter persegi berkenaan terbakar hampir 95 peratus keseluruhan strukturnya.

Masjid Nurul Iman Sabindo, yang musnah terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.38 pagi.

Katanya, seramai 14 pegawai dan anggota bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman terus dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 100 meter dengan empat pancutan.

Pasukan bomba bertungkus lumus memadam kebakaran Masjid Nurul Iman sabindo.

“Operasi pemadaman yang menggunakan sumber air dari pili bomba berkenaan akhirnya berjaya mengawal api kebakaran pada jam 4.26 pagi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.17 pagi.

Katanya, siasatan lanjut berhubung punca kejadian serta jumlah kerugian masih sedang giat dijalankan pasukan forensik JBPM.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|