Markas Wilayah Laut 2 tingkatkan kewaspadaan hadapi pembukaan sempadan negara April ini

Markas Wilayah Laut 2 tingkatkan kewaspadaan hadapi pembukaan sempadan negara April ini

Sandakan: Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) yang mengawal perairan timur Sabah akan meningkatkan lagi kewaspadaan susulan pembukaan sempadan negara bermula 1 April ini.

Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Roslan Mohd Yunus berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakab (PKP) dilaksanakan, pihaknya tidak pernah mengurangkan operasi dan kadar kesiapsiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM di perairan berkenaan.

Katanya, rondaan dan operasi TLDM di Mawilla 2, kekal berjalan seperti biasa dalam tempoh berkenaan.

“Sepanjang PKP dilaksanakan, TLDM meneruskan tugas menjaga perairan timur Sabah dan tidak pernah berkurangan untuk melaksanakan rondaan dan sebagainya.

“Secara jujurnya PKP itu tidak ada sebarang impak kepada tempoh operasi kita,” katanya kepada media ketika ditemui pada Program Jiwa Murni Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-88 TLDM di Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, di sini, hari ini.

Namun demikian, Roslan berkata, pihaknya sentiasa mengambil maklum berkaitan pembukaan semula sempadan negawa 1 April ini dengan meningkatkan lagi kewaspadaan dan kesiap siagaan dalam mengawal perairan negara.

“Kita perlu lebih waspada sebab apabila sempadan dibuka, akan lebih ramai kedatangan individu dari luar. Jadi kita memang perlu lebih meningkatkan lagi kewaspadaan,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai program berkenaan, beliau berkata, selepas sekian lama ia tidak diadakan akibat pandemik, kini pihaknya berjaya menjalankan program itu dengan membantu membersihkan serta mengecat semula taman didikan berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|