Covid-19 Sabah: Jangkitan virus semakin stabil

Covid-19 Sabah: Jangkitan virus semakin stabil

Kota Kinabalu: Situasi penurunan kes baharu Covid-19 di Sabah kepada hanya 421 kes hari ini dengan kebanyakan daerah mencatat jangkitan yang rendah menunjukkan tanda penstabilan jangkitan virus berkenaan.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata andaian itu berdasarkan bilangan daerah mencatat satu angka hari ini yang banyak iaitu 13 daerah.

Katanya, daripada 11 daerah yang mencatat kes dua angka juga menyaksikan hanya lima daerah mencatat lebih 20 kes dengan jumlah tertinggi sebanyak 55 kes di Tuaran.

“Kota Kinabalu adalah satu-satunya daerah yang masih mencatat kes baharu tiga angka (104 kes) tetapi berkurangan 44 kes berbanding jumlah semalam. Lahad Datu dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Masidi berkata, jumlah kes baharu yang lebih rendah hari ini juga banyak dipengaruhi penyusutan pada skala besar di beberapa daerah seperti Kota Kinabalu (-44 kes), Penampang (-35 kes), Beaufort (-26 kes), Papar (-22 kes) dan Tawau (-17 kes).

Katanya, sebanyak 15 daerah merekodkan penurunan kes harian dan hanya sembilan daerah merekodkan peningkatan kes baharu.

“Namun peningkatan kes di sembilan daerah itu adalah pada skala yang kecil. Kes baharu di tiga lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

“Sebanyak 412 atau 97.86 peratus daripada 421 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti dua kes dalam Kategori 3, empat kes dalam Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5,” katanya.

Sementara itu, katanya satu lagi kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Access Menawo di Keningau menjadikan kluster yang masih aktif sebanyak 18 kluster.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 19 Mac 2022
Sabah 421 (596)

Kota Kinabalu 104 (148)
Tuaran 55 (47)
Papar 37 (59)
Penampang 35 (70)
Putatan 27 (24)
Beaufort 25 (51)
Sandakan 17 (17)
Kota Marudu 15 (9)
Keningau 14 (16)
Tambunan 12 (10)
Tawau 12 (29)
Sipitang 10 (7)
Beluran 8 (5)
Pitas 8 (7)
Kota Belud 8 (12)
Kuala Penyu 5 (10)
Ranau 5 (13)
Tenom 5 (18)
Kudat 5 (5)
Telupid 3 (3)
Kinabatangan 3 (11)
Tongod 3 (11)
Kunak 2 (0)
Kalabakan 2 (5)
Semporna 1 (0)
Lahad Datu 0 (7)
Nabawan 0 (2)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 18 Mac 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|