MARA teruskan sumbangan laptop, tablet kepada pelajar B40

Kota Kinabalu: Pemberian sumbangan berbentuk alat peranti seperti komputer riba dan tablet kepada pelajar golongan B40 oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan diteruskan.

Sejak hujung tahun lalu sehingga April ini, sebanyak 400 komputer riba dan tablet telah diagihkan di seluruh ne犀利士 gara melalui program MaraCare Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, sumbangan itu adalah menerusi program MaraCare YPM kepada pelajar yang terpilih dari keluarga B40 di bawah program anak angkat YPM.

“Kita memberikan sumbangan ini sebagai bantuan pembelajaran kepada pelajar dari keluarga B40 dan anak angkat YPM.

“Untuk fasa kedua, hari ini (Rabu) kita sampaikan sebanyak enam komputer riba kepada pelajar di negeri ini,” katanya kepada pemberita pada majlis Iftar Perdana MARA Sabah, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, program itu akan diteruskan dari masa ke masa bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Program ini bukan terhenti di sini saja dan kita akan meneruskan program kita untuk membantu anak-anak dari keluarga B40 supaya mereka dapat melaksanakan kerja-kerja mereka (sesi pembelajaran),” katanya.

Sebanyak 300 tablet dan 100 komputer riba yang diserahkan adalah daripada dana YPM dan korporat swasta.

Pemberian alat peranti itu dilakukan melalui dua fasa iaitu fasa pertama pada November tahun lalu dan ketika ini sudah memasuki fasa kedua.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|