MARA Corp santuni 600 pelajar terkesan banjir Baling

MARA Corp santuni 600 pelajar terkesan banjir Baling

KEDAH: Seramai 600 pelajar terdiri golongan B40 yang terkesan akibat banjir buruk di Baling, Kedah baru-baru ini, menerima sumbangan berbentuk wang tunai daripada
Kumpulan MARA Corporation (MARA Corp).


Sumbangan tunai bernilai RM45,000 itu telah diserahkan oleh Pengerusi MARA Corp, Senator Datuk Wira Othman Aziz bersama Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Senator Datuk Wira Othman Aziz (tengah) menyampaikan bantuan dalam program berkenaan.


Penyerahan sumbangan daripada Kumpulan MARA Corp kepada pelajar dilakukan di tiga buah sekolah yang melibatkan 300 pelajar sekolah rendah dan menengah di Baling, Kedah, hari ini.


Untuk rekod, Program Penyelarasan MARA Prihatin@Baling ini merupakan kerjasama antara Pejabat MARA Negeri (PMN) Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah Baling, anak syarikat serta agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan objektif untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terkesan akibat kejadian kepala air dan banjir buruk tersebut.


Dalam masa yang sama, PMN Kedah juga telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan penilaian situasi banjir bagi mengenalpasti keadaan mangsa banjir temasuk rumah dan infrastruktur awam seperti sekolah, surau dan lain-lain melalui program MARA Prihatin@Baling.


Tiga fasa permulihan telah dijalankan bagi membantu mangsa banjir di kawasan tersebut antaranya proses pembersihan, agihan makanan dan keperluan serta kerja pembaikan rumah.


Kumpulan MARA Corp dalam kenyataan medianya hari ini pada masa sama berharap sumbangan berkenaan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan bebanan mangsa akibat bencana tidak dijangka tersebut.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|