Mangsa penipuan beli duit syiling lama

Mangsa penipuan beli duit syiling lama

Beaufort: Seorang guru lelaki kerugian RM7,550 selepas terpedaya dengan tawaran pembelian duit syiling lama yang diiklankan melalui aplikasi media sosial Instagram, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 1.28 tengah hari itu, mangsa berusia 36 tahun ketika berada di pekan Menumbok melayari aplikasi Instagram dan diberitahu hendak membeli duit syiling lama.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaccob

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaccob berkata, mangsa kemudian berminat dan seterusnya berurusan dengan individu yang tidak dikenali itu menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Mangsa turut berurusan memindahkan wang berjumlah RM7,550 ke dalam tiga akaun individu yang berlainan.

“Mangsa menyedari ditipu apabila suspek meminta menyerahkan data perbankan akaun miliknya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, mangsa kemudian membuat laporan berkenaan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, semalam.

“Siasatan awal mendapati modus operandi suspek iaitu tipu tawaran pembelian duit syiling lama dalam aplikasi Instagram.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesekaaan kerana menipu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam urusan jual beli apa jua barang supaya tidak mudah terpedaya dengan pelbagai muslihat licik penjenayah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|