Majlis penutupan Bulan Kebangsaan SK Membedai meriah

Majlis penutupan Bulan Kebangsaan SK Membedai meriah

Labuan: Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan (SK) Membedai, di sini disambut meriah dengan disertai oleh seluruh warga kerja dan murid sekolah itu, baru-baru ini.

Majlis yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu dimulakan dengan ucapan Ketua Program, Mohamad Noor Hamizan Aziz dan bacaan doa bagi memberkati majlis.

Peragaan pakaian kebangsaan murid prasekolah.

Pelbagai bentuk persembahan dan aktiviti disusun oleh pihak penganjur di bawah seliaan Panitia Sejarah dengan kerjasama Panitia Muzik dan Prasekolah.

Antara acara yang dipersembahkan ialah koir lagu patriotik, peragaan pakaian kebangsaan dan pameran basikal berhias murid.

Murid 5 Hornet menyertai Pertandingan Koir Lagu Patriotik Antara Kelas.

Persembahan khas deklamasi puisi oleh guru SK Membedai menambahkan lagi kemeriahan sambutan.

Dengan bertemakan ‘Kampung Membedai’, semua guru tampil berpakaian ala kampung bagi menyerikan lagi suasana sambutan kali ini.

Pemenang pertandingan deklamasi sajak merdeka dari kiri Reyadan Ellyshiea Chynta, Nur Aftirah Edna dan Nurin Qistina.

Majlis penutupan disempurnakan Guru Besar SK Membedai, Mohamed Al Ghaffar Mohamed Maidin.

Acara majlis diakhiri dengan persembahan deklamasi sajak murid prasekolah, Nik Nur Latisha Aquina, disusuli sorakan 29 guru dan 280 murid yang hadir pada sambutan itu.

Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran, Symsul Redzuan; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Hajah Mariati Said dan Penolong Kanan Kokurikulum, Talip Ahmad.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|