Lantik syarikat milik saudara, penolong pegawai sebuah jabatan ditahan SPRM

Lantik syarikat milik saudara, penolong pegawai sebuah jabatan ditahan SPRM

Kota Kinabalu: Seorang penolong pegawai sebuah jabatan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi melantik syarikat milik saudaranya dalam perkhidmatan pembekalan makanan bernilai hampir RM43,000.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah cawangan Kota Kinabalu, kira-kira jam 10 pagi tadi, ketika hadir memberi keterangan.

Sumber kata, suspek yang bertugas sebagai penolong pegawai di sebuah jabatan di Sabah itu menyalahgunakan kedudukannya dengan melantik syarikat milik saudaranya dalam perkhidmatan pembekalan makanan bagi program di jabatannya.

“Program berkenaan sekitar Mac hingga October 2019 membabitkan nilai hampir RM43,000,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|