Majlis pelancaran GRS Sabtu ini

Majlis pelancaran GRS Sabtu ini

Kota Kinabalu: Majlis pelancaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sepatutnya berlangsung esok ditunda ke tarikh baharu iaitu pada Sabtu ini.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penetapan tarikh baharu majlis pelancaran itu adalah mengikut kesesuaian masa.

“Kita sudah tunda kepada 28 hari bulan, Sabtu. Tiada sebab ditunda, cuma kita lihat masa yang lebih sesuai dengan pelancaran itu,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Sawit Kinabalu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai majlis pelancaran GRS yang sepatutnya diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) seperti diumumkan sebelum ini.

Hajiji mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS di Menara Kinabalu pada awal bulan ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|