Kota Kinabalu: Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang yang mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Kota Kinabalu
diraikan dalan satu Majlis Makan Malam di Sabah International Convention Centre (SICC), malam tadi.
Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk RM Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag.
Majlis Makam Malam itu turut diserikan dengan persembahan hiburan termasuk tarian kebudayaan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Antara yang hadir pada majlis makan malam itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pembantu
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Flovia Ng.
Juma’ani berada di Sabah sejak 8 Jun lalu untuk lawatan ke ibu negeri, selain turut ke Kundasang bersama rombongannya.
-Deasoka