Lima keluarga terjejas banjir di Beaufort dipindahkan ke PPS

Lima keluarga terjejas banjir di Beaufort dipindahkan ke PPS

Beaufort: Seramai 17 individu daripada lima keluarga di Kampung Suasa, di sini, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir, petang tadi.

Lima keluarga terdiri daripada tujuh lelaki dan 10 wanita itu dipindahkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort.

Mangsa banjir dipindahkan ke PPS Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir, Beaufort.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan bencana banjir pada jam 2.53 petang.

Katanya, sepasukan bomba bersama lori kemudian bergegas ke lokasi berkenaan.

Pasukan bomba menjalankan pemantauan di lokasi banjir di kawasan Kampung Suasa, Beaufort.

“Terdapat lima keluarga dari Kampung Suasa, terjejas akibat banjir.

“Semua mereka kemudian dipindahkan oleh pasukan bomba ke PPS Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemantaua di lokasi banjir masih dijalankan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|