Kereta terbakar, pemandu selamat

Kereta terbakar, pemandu selamat

Tawau: Kereta jenis Perodua Alza musnah sepenuhnya selepas dijilat api dalam kejadian di Jalan Inderasabah, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.40 malam itu, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.


Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan kereta Perodua Alza di Jalan Inderasabah, Tawau. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 malam.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta Perodua Alza didapati sedang terbakar dan operasi memadam api kebakaran terus dijalankan.

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran hingga api padam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 8.38 sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya tiga minit kemudian.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|