LIGS bayar dividen RM1.3 juta

LIGS bayar dividen RM1.3 juta

Kota Kinabalu: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) hari ini menyerahkan dividen berjumlah RM1,317,336 kepada kerajaan negeri.

Dividen bagi keuntungan 2020 hingga 2021 itu diserahkan Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.

Hajiji menyaksikan penyerahan Bantuan Banjir SESB daripada Abdul Nasser kepada Safar.

Penyerahan dividen berkenaan disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi LIGS, Edward Linggu di Menara Kinabalu.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri turut menyaksikan penyerahan bantuan banjir daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sebanyak RM100,000 kepada Tabung Bencana Negeri Sabah.

Bantuan berkenaan diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid kepada Safar.

Turut hadir ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|