Liga Super: Datang awal, sokong Sabah FC

Liga Super: Datang awal, sokong Sabah FC

Kota Kinabalu: Penonton dan penyokong Sabah FC digalakkan supaya masuk ke stadium seawal jam 5 petang pada perlawanan Liga Super membabitkan Sabah FC menentang Melaka United FC, malam esok.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, ia bagi mengelakkan sebarang kesesakan ketika masuk stadium pada perlawanan yang dijadualkan bermula jam 7.30 malam.

Katanya, setakat ini, penjualan tiket secara atas talian menerima sambutan yang mengalakkan bagi memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah FC.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah

“Kita turut menasihatkan penonton dan penyokong yang datang supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan termasuk memakai pelitup muka speanjang perlawanan esok.

“Pihak SAFA juga memandang serius terhadap pematuhan keselamatan termasuk pencegahan penularan Covid-19,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shamsuddin berkata, penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman, payung dan helmet masuk ke dalam stadium

Sehubungan itu, Shamsuddin berkata, orang ramai masih boleh mendapatkan tiket perlawanan esok menerusi laman https://ticket.tickethotline.com.my/home.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|