Tambah baik RUU Anti Lompat Parti – Shafie

Tambah baik RUU Anti Lompat Parti – Shafie

Kota Belud: Penambahbaikan kandungan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti perlu dilakukan, kata Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, walaupun RUU sudah diluluskan di Dewan Rakyat namun penambahbaikan perlu dilakukan bagi mengelak kejadian lompat parti berulang.

Mohd Shafie selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Warisan Bahagian Kota Belud, di Kota Belud.

“Saya lihat dari segi kandungan RUU perlu penambahbaikannya kerana ada dalam kandungan itu tidak begitu jelas dan tidak berapa ‘primitif nature’ untuk elakkan supaya kejadian lompat-melompat akan berulang tetapi perlu ada titik permulaan.

“Itu yangs aya katakan oleh kerana kepentingan, kestabilan politik yang ada di negara ini maka kita perlu setuju tanpa mengira idealogi politik, kepercayaan kita RUU ini diluluskan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Warisan Bahagian Kota Belud, di sini, hari ini.

Katanya lagi, RUU itu juga perlu diselaraskan di peringkat negeri sebagai usaha menstabilkan politik kerajaan Sabah.

“Saya sudah nyatakan dengan rakan yang lain yang merupakan presiden parti gabungan sama ada DAP, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) laksanakan di mana mereka memerintah.

“Kita bulan hadapan akan tunaikan, bukan hanya menerusi kerajaan tetapi Parti Warisan. Kita akan ubah perlembagaan kita segera dan saya sudah minta Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden, Datuk Darell Leiking supaya perhalusi kandungan itu.

“Apa yang termaktub dalam perubahan perlembagaan Parlimen akan dapat selari dengan perjuangan parti kita,” katanya.

Tambah beliau lagi, RUU itu juga perlu dibawa ke peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi tujuan yang sama supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak beralih sokongan dan seterusnya menyebabkan berlakunya perubahan pimpinan kerajaan.

“Semestinya (bawa RUU ke DUN Sabah), kerana di sini juga berlaku yang banyak lompat ini di peringkat DUN. Perubahan kerajaan (berlaku) di situ,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|