Letusan gunung berapi lumpur di Tabin tiada kaitan gempa bumi Taiwan

Letusan gunung berapi lumpur di Tabin tiada kaitan gempa bumi Taiwan

Kota Kinabalu: Pakar Geologi Sabah, Prof Dr Felix Tongkul menolak kemungkinan fenomena letusan gunung berapi lumpur yang berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, semalam adalah disebabkan gempa bumi kuat yang berlaku di Taiwan.

Beliau berkata, gempa bumi yang berlaku di Taiwan adalah jauh dari Sabah dan biasanya fenomena itu terjadi disebabkan gegaran gempa bumi yang berhampiran.

Prof Dr Felix Tongkul

“Gempa bumi di Taiwan agak jauh, biasanya gegaran gempa bumi berdekatan yang cederung menceruskan fenomena ini,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta penjelasan berhubung kejadian yang berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu semalam di mana gempa bumi turut melanda di tenggara Taiwan.

Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu melanda pada jam 2.44 petang.

Menjelaskan mengenai fenomena yang jarang berlaku itu, Felix sekali lagi berkata, fenomena letusan gunung berapi lumpur itu adalah adalah biasa.

“Ia berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan. Keadaan ini berulang bila tekanan terkumpul pada sesuatu masa tertentu.

“Kejadian volkano lumpur seperti ini (lebih aktif) kadang kadang berlaku semasa kejadian gempa bumi,” katanya.

Malam tadi, tular di media sosial video berdurasi 10 saat memaparkan letusan gunung berapi memuntahkan lumpur berlaku di kawasan berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|