Lelaki terselamat, kenderaan jatuh gaung

Lelaki terselamat, kenderaan jatuh gaung

Keningau: Seorang lelaki berusia 59 tahun selamat walaupun kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dan terjunam ke gaung sedalam tiga meter sebelum terbalik di Jalan Apin-Apin, Kampung Liau Darat, di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.23 malam.

Katanya, sepasukan sembilan anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kenderaan jenis Isuzu Invader terjatuh ke dalam sungai sedalam tiga meter.

“Terdapat seorang lelaki berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dihantar ke hospital menggunakan EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 9.03 malam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|