Elica Paujin Juara Big Stage 4

Elica Paujin Juara Big Stage 4

Kota Kinabalu: Anak jati kelahiran Tambunan, Elica Paujin dinobatkan juara Big Stage musim keempat yang berlangsung di ibu negara, sebentar tadi.

Elica atau nama sebenarnya Angelica Paujin, 23, muncul juara selepas mendapat markah tertinggi 78.93 berbanding empat peserta lain di final.

Elica yang berasal dari Kampung Tibabar, Tambunan pada final diberikan tugasan lagu bertajuk Cinta (Marsha Milan) untuk persembahan solo manakala persembahan duet, dia bergandingan dengan Hael Husaini untuk menyanyikan lagu Believer (Imagine Dragon).

Dengan kemenangan itu, Elica membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 selain trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, seorang lagi anak jati Sabah dari Tawau, Danial Chuer muncul naib juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

Pada final tadi, Danial mempersembahkan lagu Hilang Naluri (Once) untuk persembahan solo dan berganding dengan Shila Amzah bagi persembahan duet dengan lagu Still Love You (Lee Hong Gi, Yoo Hwe Seung).

Selain Elica serta Danial, tiga finalis lain ialah Aisah Retno, Tegar Septian (Indonesia) dan Yazmin Aziz.

Pada final tadi, semua peserta ditugaskan untuk menyempurnakan dua persembahan lagu solo dan lagu duet (bersama artis jemputan) menerusi tema “Ultimatum Solo” dan “Ultimatum Duet”.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|