Lelaki maut rempuh kenderaan parkir tepi jalan

Lelaki maut rempuh kenderaan parkir tepi jalan

Kudat: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan lain yang di parkir di tepi jalan di Jalan Kampung Tambuluran, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 58 tahun terbabit disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 11.35 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota termasuk pegawai bersama jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Civic terbabas dan melanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Prado yang di parkir di tepi jalan.

“Pemandu Honda Civic disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada ambulans untuk tindakan selanjutnya.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.06 petang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|