Lelaki maut dipercayai terjun dari tingkat 13

Lelaki maut dipercayai terjun dari tingkat 13

Sandakan: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 13 bangunan menara Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), di sini, hari ini.

Mayat lelaki terbabit berusia 68 tahun ditemui orang ramai dalam keadaan terlentang di atas lantai bawah menara berkenaan, sebelum menghubungi pihak polis, jam 11.20 pagi.

Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, kejadian disedari orang awam yang berada di tingkat tiga kawasan parkir bangunan berkenaan dan terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, mangsa dipercayai terjun dari aras 13 tempat letak kereta bangunan menara MPS berpandukan kepada selipar dan tongkat milik lelaki terbabit yang berada di aras 13 bangunan berkenaan.

“Siasatan juga mendapati lelaki itu kali terakhir dilihat jam 6.30 pagi tadi oleh saksi awam ketika keluar dari tandas awam sambil berjalan menggunakan tongkat kayu di bawa bangunan MPS.

“Siasatan polis mendapati tiada unsur-unsur jenayah atau sangkaan khianat terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, Mayat dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|