Lelaki mati dipercayai dibunuh

Lelaki mati dipercayai dibunuh

Tawau: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di kawasan Fajar, di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 27 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di bahagian dada.

Pasukan polis menjalankan pemeriksaan di lokasi mangsa ditemukan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kes masih dalam peringkat awal dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

“Ketika ini laporan sedang dibuat untuk mendapatkan keterangan lanjut dan setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada saya,” katanya.

Terdahulu, penemuan mayat berkenaan tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang awam.

Rakaman berdurasi 21 saat itu memaparkan mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dipercayai akibat ditikam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|