Lelaki lemas, rakan selamat ketika mandi sungai

Tuaran: Seorang lelaki ditemukan lemas manakala rakannya selamat ketika mandi sungai di Kampung Rugading, Kiulu, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian dua lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai, jam 4.22 petang.

Katanya, seramai lapan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang lelaki berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala seorang lagi lelaki yang juga rakan mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam.

“Mangsa yang selamat berusia 20-an diberi rawatan awal oleh anggota EMRS sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, katanya mayat mangsa yang ditemui orang awam kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 6.15 petang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|