Lelaki hilang ketika memukat ditemui lemas

Beaufort: Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang ketika memukat ikan di pesisir Pantai Sawangan, Kuala Penyu, di sini, ditemukan lemas pagi tadi.

Mayat Andreson Nujib, 36, ditemukan pasukan bomba dan orang kampung yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pesisir pantai Sawangan, jam 7.24 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM.

Difahamkan, mangsa keluar memukat ikan di pesisir pantai Sawangan Kuala Penyu, seorang diri kira-kira jam 3 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Awang Mohd Sabree berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan oleh isterinya mangsa, jam 5.38 pagi.

Pasukan bomba membawa mangsa menggunakan bot yang ditemukan lemas di Pantai Sawangan, Kuala Penyu, pagi tadi.

Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota bersama jentera serta dibantu lima anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi SAR.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba kemudian menjalankan operasi SAR di kawasan pesisir pantai berkenaan.

Mangsa ditemukan lemas pada kedalaman dua hingga ke tiga meter di Pantai Sawangan, Kuala Penyu, oleh pasukan bomba dan orang kampung.

“Operasi pencarian menggunakan bot penyelamat dan mangsa berjaya ditemukan di dasar laut dengan kedalaman dua hingga tiga meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Awang berkata, mangsa dibawa ke daratan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi pencarian ditamatkan jam 8.10 pagi tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|