Lelaki hilang di hutan ketika periksa jerat

Lelaki hilang di hutan ketika periksa jerat

Ranau: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pasukan bomba hari ini bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memeriksa jerat haiwan liar di hutan berdekatan Kampung Tinanom, di sini, sejak 1 Januari lalu.

Mangsa Moijin Gamiyan, 65, dipercayai masuk hutan itu pada 1 Januari lalu dan tidak kembali hingga hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima maklumat kehilangan lelaki terbabit daripada pihak polis pada 8.15 pagi tadi.

Katanya, berikutan itu, seorang pegawai dan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dikerah ke tempat kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan mangsa belum ditemui.

“Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata menerusi kenyataan media, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|