Penampang: Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah rumah terkunci di Pasir Putih, Putatan, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 52 tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas diperiksa pasukan polis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.51 pagi.
Katanya, seramai lima pegawai dan anggota bersama jentera kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba ditempat kejadian, pintu rumah yang terkunci didapati sudah dibuka oleh orang awam.
“Terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri berada di dalam rumah berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.15 pagi.
-Deasoka