Lelaki dipenjara 28 tahun 22 sebatan kes rogol kanak-kanak

Lelaki dipenjara 28 tahun 22 sebatan kes rogol kanak-kanak

Tawau: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun dan 22 sebatan ke atas seorang lelaki kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Semporna, pada April tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Tahir Abraham, 22, yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, dijatuhkan hukuman itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa merogol mangsa pada 6 April 2021, di kawasan semak berhadapan rumah mangsa di Semporna.

Tertuduh didakwa menumbuk, menampar dan mencekik mangsa sehingga pengsan sebelum dirogol dan kemudian meninggalkannya di lokasi kejadian.

Laporan polis dibuat oleh nenek mangsa pada keesokan harinya setelah penduduk kampung menemui cucunya yang hilang semalaman di lokasi terbabit.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah kemudian berjaya menahan tertuduh pada keesokan harinya.

Pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat koyakan baharu pada kemaluan, lebam pada mata, muka, patah tulang selangka selain patah gigi akibat tumbukan tertuduh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan 326 Kanun Keseksaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|