Lelaki dikhuatiri terjatuh dari jambatan

Lelaki dikhuatiri terjatuh dari jambatan

Tenom: Seorang lelaki dewasa hilang selepas dikhuatiri terjatuh dari Jambatan Sungai Padas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang belum dikenalpasti identitinya itu masih belum dapat ditemui sehingga kini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.26 pagi.

Katanya, sepasukan 13 anggota dan pegawai bersama jentera dan bot terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan mangsa dikhuatiri terjatuh dari Jambatan Sungai Padas.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dijalankan di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang menggunakan bot Bomba,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat lanjut berhubung operasi SAR ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|