Lelaki cari kerang maut disyaki dibaham buaya

Lelaki cari kerang maut disyaki dibaham buaya

Pitas: Seorang lelaki maut dipercayai dibaham buaya ketika mencari kerang di muara sungai Kampung Mapan-Mapan, di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawasan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu laporan dari Balai Polis Pitas, jam 1.30 tengah hari.

Katanya, sepasukan BBP Kota Marudu bersama kenderaan pacuan empat roda dikerah ke lokasi kejadian untuk pengesahan dan mendapat maklumat awal.

“Menurut maklumat dari polis (belum disahkan) mangsa dikatakan ditemukan jam 5.09 petang dan dibawa ke Pulau Sibugo, Bangi. Pasukan bomba menunggu pengesahn rasmi dari polis untuk tindakan lanjut.

“Pada jam 4.30 petang tadi, bilik gerakan BBP Kota Marudu menerima laporan dari Balai Polis Pitas, mangsa yang ditemui disahkan selepas mendapat pengesahan daripada keluarga mangsa bersama pihak polis di Pulau Sibago,” katanya dalam kenyataan media, hari ini

Bagaimanapun katanya, maklumat mangsa tidak dapat diperolehi disebabkan keluarga mangsa enggan memberi kerjasama.

“Operasi seterusnya ditamatkan pada jam 4.30 petang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|