Lelaki batal hasrat terjun bangunan selepas dipujuk keluarga

Lelaki batal hasrat terjun bangunan selepas dipujuk keluarga

Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang cuba terjun dari tingkat 10 sebuah bangunan di Jalan Coastal, di sini, berjaya dipujuk keluarganya, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.13 petang.

Katanya, seramai 13 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa berjaya diselamatkan selepas dipujuk oleh ahli keluarganya.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.32 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|