Insiden KLIA, Bung mahu kerajaan siasat secara telus

Insiden KLIA, Bung mahu kerajaan siasat secara telus

Kota Kinabalu: Siasat secara telus… demikian pandangan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung isu seorang pegawai kerajaan berasal dari negeri ini yang didakwa ditegur secara beremosi oleh pemimpin atasan dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Beliau ketika dihubungi sebentar tadi meluahkan reaksinya terhadap isu dan meminta kerajaan untuk menangani kejadian berkenaan supaya tidak berlaku di masa akan datang.

KENYATAAN RASMI JPA BERHUBUNG TUDUHAN TERHADAP
PEGAWAI TINGGI KERAJAAN DI KLIA PADA 3 OGOS 2022

“Saya memang maklum mengenai perkara ini dan nasihat saya, elakkan untuk memberi teguran secara emosi.

“Kita tidak mahu pegawai tinggi kerajaan disalahertikan oleh rakyat, jadi saya juga mahu perkara ini kerajaan siasat secara telus,” katanya.

Terdahulu, hari ini tular di sosial media mengenai insiden seorang pegawai sebuah jabatan kerajaan berasal dari Sabah didakwa ditegur oleh seorang ketua pengarah dengan secara beremosi dalam kejadian di KLIA.

Insiden terbabit turut menjadi tumpuan orang ramai terutamanya di kalangan pengguna laman media sosial di Sabah yang meminta ada pihak tampil memberikan penjelasan lanjut.

Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan satu kenyataan media dan menjelaskan kenyataan yang sedang tular tersebut disifatkan tidak berasas dan berniat jahat bagi menjatuhkan imej pegawai tinggi kerajaan.

JPKA turut mengesyorkan supaya insiden terbabit disiasat sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|