Lebih 8,000 tiket terjual aksi Sabah vs Selangor, Sabtu ini

Lebih 8,000 tiket terjual aksi Sabah vs Selangor, Sabtu ini

Kota Kinabalu: Tiket perlawanan Liga Super di Stadium Likas membabitkan Sabah FC menentang Selangor FC, malam Sabtu ini, sudah terjual mencecah lebih 8,000 tiket.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, setakat ini, sambutan perlawanan yang dijadualkan bermula pada jam 7 malam itu amat menggalakkan.

Katanya, penonton yang berminat untuk menyaksikannya secara langsung digalakkan supaya masuk seawal jam 4.30 petang.

“Ia bagi mengelakkan kesesakan terutamanya di pintu masuk stadium yang akan membanjiri Stadium Likas bagi memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah FC.

“Setakat ini, lebih 8,000 tiket perlawanan sudah terjual dan kita menjangkakan lebih ramai peminat serta penyokong Sabah FC akan hadir pada perlawanan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Shamsudin berkata, semua pihak bagaimanapun perlu terus mematuhi aspek keselamatan termasuk langkah pencegahan penularan Covid-19.

Katanya, penyokong juga digesa supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan termasuk tidak sesekali membaling botol atau sampah masuk ke dalam kawasan padang.

“Kita sekali lagi mengalakkan penonton yang hadir supaya memakai pelitup muka sepanjang perlawanan.

“Penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman, payung dan helmet masuk ke dalam stadium,” katanya

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|