Lebih 20,000 penyokong banjiri Stadium Likas aksi Sabah FC vs JDT

Lebih 20,000 penyokong banjiri Stadium Likas aksi Sabah FC vs JDT

Kota Kinabalu: Stadium Likas yang menjadi gelanggang tuan rumah Sabah FC kembali dipenuhi puluhan ribu penonton untuk menyaksikan aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.

Ia perlawanan pertama menyaksikan Stadium Likas yang berkapasiti 25,000 tempat duduk kembali dipenuhi penonton selepas kehadiran ke stadium dihadkan berikutan pandemik Covid-19 sebelum ini.

Suasana di Stadium Likas yang mula dibanjiri peminat bola sepak.

Peminat bola sepak dari seluruh negeri ada yang datang seawal jam 3 petang tadi ke stadium semata-mata tidak mahu terlepas peluang menyaksikan perlawanan dua pasukan teratas Liga Super musim ini.

Penyokong yang membanjiri stadium juga ternyata amat teruja menerusi gema sorakan dan dihiasai dengan pelbagai gelagat terutamanya penyokong pasukan Sabah.

Selain daripada kehadiran penyokong, perlawanan itu turut diserikan dengan persembahan praperlawanan oleh kumpulan Masmona dan penyanyi sensasi Elica Paujin.

Sementara itu, aspek keselamatan turut ditekankan pasukan tuan rumah dengan kehadiran ratusan anggota dan pegawai pasukan keselamatan.

Kehadiran pasukan polis itu juga sudah pasti membantu setiap pengurusan dan kawalan penyokong bagi memastikan perlawanan ini berjalan lancar.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|