Labuan: Pasukan bola sepak veteran Labuan (LAVESTAR) baru-baru ini mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan dua pasukan bola sepak veteran dari Sabah masing-masing dari kelab Keningau Super Veteran dan Tanjung Aru Beach FA, Kota Kinabalu.
Pada perlawanan pertama menyaksikan LAVESTAR yang diketuai oleh bekas pemain pasukan Sabah era 80-an, Dul Alias berjaya menewaskan pasukan Keningau Super Veteran yang diketuai Raheem Ahmad dengan jaringan 2-0.
Dalam satu lagi perlawanan, pasukan LAVESTAR terikat seri 4-4 dengan pasukan pelawat Tanjung Aru Beach dari Kota Kinabalu yang diketuai oleh Yee Wee Onn.
Dul Alias berkata, antara pemain LAVESTAR yang diturunkan dalam kedua-dua perlawanan itu ialah Roy Ismail, Ahmad Jasad Salali, Suhaili Maidin, Ramlan Haji Alias, Hamidon Wahid, Hassan Lair, Zaini @ Kucai, Abdul Latif Nordin, Kassim, Mulyadi dan seorang pemain import dari Scotland, Dod Reid.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pasukan veteran dari Sabah itu kerana sudi mengadakan perlawanan dengan LAVESTAR sekali gus memberi ruang dan peluang kepada pemain menunjukkan aksi terbaik mereka.
“Menerusi perlawanan itu, hubungan baik pemain veteran LAVESTAR dengan pasukan veteran dari Sabah akan berterusan.
“Kami berharap akan dapat beraksi di tempat lawan pula pada masa akan datang,” katanya.
Turut menyaksikan perlawanan yang diadakan di padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan itu ialah legenda bola sepak negara, Datuk Hassan Sani bersama dua bekas pemain Sabah, Longinus Pius dan Teo Boon Hock.
-Deasoka