Latihan OSTEX EAST, uji kecekapan warga TLDM

Latihan OSTEX EAST, uji kecekapan warga TLDM

Kota Kinabalu: Markas Pemerintahan Armada Timur, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selesai melaksanakan eksesais OSTEX EAST siri 2/2022, hari ini.

Latihan yang bermula 23 Ogos itu menjadi platform utama bagi menguji kecekapan warga TLDM dan kesiagaan aset-aset di Armada Timur.

Eksesais OSTEX EAST dijalankan selamat 10 hari bermula 23 Ogos lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Markas Pemerintahan Armada Timur hari ini berkata, siri eksesais itu dilaksanakan dengan misi menyediakan angkatan laut supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi ancaman maritim.

Katanya, eksesais itu juga turut bertujuan mempertingkatkan kemahiran warga dalam aspek navigasi, ilmu kelautan dan peperangan.

“Umpama serampang dua mata, ia turut memperagakan kehadiran aset-aset TLDM di Zon Maritim Malaysia terutamanya di perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Latihan turut melibatkan Helikopter Operasi Maritim (HOM) untuk mengandakan kemampuan aset udara TLDM.

“OSTEX EAST 2/2022 dirasmikan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 23 Ogos yang lalu oleh Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Sazalee Shoib,” katanya.

Menurutnya, sepanjang latihan berkenaan, pelbagai pengisian seiring fasa pelabuhan dilaksanakan antaranya, taklimat eksesais, perbincangan operasi kapal, latihan praktikal pelabuhan dan taklimat sebelum pelayaran.

Katanya, Fasa Laut yang juga menjadi medan latihan sebenar membabitkan 11 kapal TLDM iaitu KD Selangor, KD Perak, KD Kelantan, KD Sundang, KD Badik, KD Rencong, KD Ganas, KD Baung, KD Todak dan KD Jerong.

“Kapal-kapal ini belayar merentasi perairan Laut China Selatan menuju ke Laut Sulu sebelum berakhir di Markas Wilayah Laut 2, Sandakan.

“Antara siri latihan utama yang dilaksanakan merangkumi siri peperangan permukaan, manuvra taktis, penembakan sasaran permukaan statik, latihan menggeledah, latihan menunda, pemindahan tali ringan dan pendaratan helikopter di kapal.

“Ia juga buat julung kalinya melibatkan Helikopter Operasi Maritim (HOM) dalam siri eksesais TLDM yang dilihat mampu menggandakan lagi keupayaan aset udara TLDM terutamanya di Armada Timur,”’katanya.

Sementara itu, Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali dalam ucapan penutup eksesais berkata, menerusi platform latihan seperti itu, TLDM akan dapat memastikan aset Armada Timur yang merangkumi ketiga-tiga elemen ‘People’, ‘Platform’ dan ‘Process’ diuji pada tahap tertinggi.

Katanya, kompetensi warga the ‘Navy People’ dan kesiagaan kapal di Armada Timur serta protokol operasi serta logistik juga perlu ditambahbaik untuk kekal relevan dan efisien.

“Eksesais intra sebegini akan sentiasa dilaksanakan seiring peranan TLDM ketika aman iaitu menyediakan angkatan yang kompeten dan siaga.

“Mengambil semangat bulan kemerdekaan, ini seharusnya menyuntik semangat waga the ‘Navy People’ untuk memberikan sepenuh komitmen dalam setiap evolusi yang terlaksana,” katanya.

Menurutnya, penzahiran semangat kepahlawanan dan patriotisme ini dapat disaksikan dengan kejayaan pelaksanaan eksesais dan peningkatan kecekapan warga ‘the Navy People’ yang sentiasa ikhlas berjuang melindungi kedaulatan dan keselamatan maritim Malaysia.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|